Tuesday, September 8, 2009

Salleh janji penuhi harapan pengundi
PERMATANG PAUH, 26 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.11, Permatang Pasir yang baru, Mohd Salleh Man berjanji akan menunaikan tanggungjawab beliau sebagai seorang wakil rakyat dengan baik setelah mendapat mandat daripada pengundi apabila memenangi pilihan raya kecil tersebut.Menurut Salleh, mandat yang diberikan adalah satu kepercayaan yang diberikan oleh pengundi bagi beliau membalas semula kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan oleh pengundi kepadanya."Saya bersyukur kepada Allah kerana telah diberikan kemenangan ini dan mendapat kepercayaan pengundi untuk menjadi wakil rakyat di Permatang Pasir pada kali ini," katanya selepas diisytiharkan menang malam tadi.Salleh telah berjaya menewaskan calon Barisan Nasional(BN), Rohaizat Othman dengan majoriti 4551 undi.Dalam pilihan raya kecil tersebut Salleh yang mewakili PAS telah berjaya memperolehi 9618 undi mengalahkan calon BN yang hanya mendapat 5067 undi.Seramai 14832 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil kali ini. Jumlah tersebut merupakan 73.1 peratus daripada keseluruhan 20290 pengundi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan raya.Jumlah undi yang diterima oleh Salleh merosot 10 peratus atau 1971 undi jika dibandingkan dengan jumlah undi yang diperolehi oleh Datuk Hamdan Abdul Rahman dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu.Ada dipercayai, punca kemerosotan undi ini adalah kegagalan ramai pengundi luar pulang untuk mengundi ekoran hari pilihan raya diadakan pada hari bekerja dan di pertengahan minggu (selasa).

Tuesday, August 4, 2009

Kepimpinan Rasulullah SAW Dalam Menyelesaikan Masalah Umat Melayu


Kepimpinan Rasulullah SAW tidak bermakna kita berangan-angan Rasulullah SAW hidup semula untuk menyelamatkan kita tetapi yang dimaksudkan adalah teladan dan panduan Rasulullah SAW kepada kita yang apabila diterapkan akan menjadi penyelesai masalah. Firman Allah SWT:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الاٌّخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
“Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (TMQ al-Ahzab : 21)
Walau pun tajuk kertas kerja ini menyebut tentang umat Islam yang berbangsa Melayu tetapi ini tidak bermakna umat lain dikecualikan sebab Islam sebagaimana yang dipertegaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran adalah ‘rahmat ke seluruh alam’ yang bermakna Islam adalah penyelesaian bagi seluruh manusia termasuk orang-orang bukan Melayu mahu pun orang-orang bukan Islam. Masyarakat umpama kain yang ditenun dari benang, ikatannya sangat rapat antara satu dengan yang lain; maka menyelesaikan masalah satu kaum akan membawa pengaruh kepada kaum lain yang berinteraksi dengannya, lebih-lebih lagi bila peraturan yang diterapkan sama dan dikuatkuasakan secara tegas tanpa pilih bulu. Jadual di bawah menyenaraikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam di alam Melayu dan permasalahan yang dihadapi oleh orang-orang Melayu itu sendiri tetapi mereka tidak menyedarinya.

Yang di Anggap Masalah Umat Islam alam Melayu
Masalah Yang Tidak Disedari Oleh Mereka
Kemiskinan/ tekanan ekonomi
Pengangguran
Mahalnya pendidikan
Ibu tunggal dan andartu
Masalah sosial: buang anak, dadah, lumba haram
Semangat belajar/bekerja rendah
Hilang ciri ketimuran: hilang sopan santun

Oleh kerana umat Melayu sedang merosot, maka Melayu mesti memberi tumpuan kepada Melayu sahaja
Kejahilan tentang Islam
Pandangan serong tentang dakwah
Bahaya materialistik
Perpecahan keluarga dan masyarakat
Gagal di dunia dan gagal di akhirat
Mencemar imej Islam sebagai ajaran terunggul bagi manusia
Keyakinan terhadap Islam sangat rendah
Mudah meniru gaya hidup Barat
Melayu adalah sebahagian dari umat Islam global dan oleh itu masalah tidak boleh dipersempitkan kepada orang Melayu sahaja.
Jika dikaji permasalahan yang dihadapi masa kini sebenarnya tidak jauh berbeza dengan masalah yang dihadapi pada zaman Rasulullah SAW iaitu semasa masyarakat Jahiliyah menolak ajakan Rasulullah. Oleh itu tidak tepat jika ada yang mengatakan kaedah dakwah Rasulullah SAW tidak sesuai di zaman ini. Mereka tidak membezakan tariqah (kaedah) yang dipakai oleh Rasulullah SAW yang wajib digunakan oleh umat Islam pada hari ini dengan uslub dan wasilah yang boleh dipilih.
Oleh kerana dakwah adalah suatu kewajiban, maka wajib bagi kita memahami al-Quran sebagai manhaj amal dan kitab dakwah, sekaligus merupakan penjelas bagi as-Sunnah. Caranya dengan mengetahui sejumlah pembahas yang dibahas oleh al-Quran ketika di Makkah, dengan cara inilah sirah tersebut boleh diketahui. Dengan menganalisis surah-surah Makkiyah dan ayat-atatnya untuk mengetahui sejumlah pembahasan ini (Metode Dakwah Al-Quran, Sheikh Hafiz Soleh, h. 51, 52, 59) dan jika kita bandingkan dengan keadaan umat Islam pada hari ini, kita akan menemui hal-hal berikut:
Dakwah Nabi Ketika Menghadapi Masyarakat Jahiliyah di Makkah
Masalah Setara Yang Dihadapi Oleh Umat Islam di Alam Melayu
(1) Pembahasan Aqidah: Membuktikan kewujudan dan ayat-ayatnya dan keagungan Allah, membuktikan bahwa al-Quran adalah firman Allah dan membuktikan kenabian Muhammad dan Hari Kebangkitan
Kelemahan aqidah di kalangan umat Islam yang kebanyakannya meyakini Islam tidak melalui proses berfikir telah menyebabkan ramai yang terpesong atau tidak bersungguh-sungguh untuk menunaikan perintah Allah SWT dan RasulNya.
(2) Perang Pemikiran: iaitu sanggahan terhadap pemikiran dan akidah kaum Musyrik Arab dengan beragam aliran mereka, sanggahan terhadap kaum Yahudi dan Nasrani dengan beragam aliran mereka, celaan terhadap tuhan-tuhan mereka serta penghinaan terhadap mimpi-mimpi mereka.
Pemikiran Islam di kalangan umat Islam tidak cemerlang (mustanir) malah suka meniru terutamanya meniru pemikiran dan gaya hidup Barat yang bertentangan dengan Islam.
(3) Perjuangan Politik: menentang para pemimpin Kufur dan masyarakat. Politik dalam Islam bermakna mengambil berat tentang masalah masyarakat dan menyelesaikannya menurut Islam.


Umat Islam tidak memiliki kefahaman yang jelas tentang perjuangan politik malah oleh kerana pemikiran sekularisme begitu kuat, ramai yang merasakan politik itu serupa dengan politik yang diamalkan oleh Barat. Oleh itu ramai yang merasakan politik adalah kotor dan menjauhinya atau tidak mempedulikannya. Mereka yang terlibat dalam politik pula kebanyakannya meniru politik Barat.
(4) Menentang berbagai bentuk interaksi yang rosak dan tradisi yang buruk.
Umat Islam alam kebanyakannya tidak peduli tentang kerosakan masyarakat dan tradisi yang buruk kerana sikap pentingkan diri sendiri.
(5) Membangunkan keperibadian Islam.
Keperibadian Islam di kalangan masyarakat ini semakin menipis.
(6) Kisah dan perumpamaan untuk meneguhkan hati Rasulullah SAW dan orang Mukmin, juga untuk menjelaskan kezaliman dan kesulitan yang mereka terima tidak lain merupakan hukum Allah sebagaimana generasi yang telah mendahului mereka, dan hukum Allah itu tidak akan pernah berubah.
Tidak peduli tentang kehidupan Rasulullah dan sahabat serta zaman kegemilangan Islam selama lebih dari 1,300 tahun. Sebaliknya ramai yang lebih mengkagumi artis dan olahragawan. Ramai yang melihat kisah Rasulullah dan para sahabat tidak lebih dari cerita sahaja yang tidak dikaitkan dengan kehidupan seharian.
Dengan menganalisis surah Makkiyah (ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Makkah), kita mampu merumuskan tahapan-tahapannya, serta berbagai pembahasan yang diperlukan dalam tiap tahapan, dan bagaimana tahapan-tahapan tersebut dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Siapa sahaja yang ingin terikat dengan kaedah al-Quran dan Rasulullah SAW, dia wajib menempuh tatacara yang sama, yang telah ditempuh oleh Rasulullah SAW (Metode Dakwah Al-Quran, Sheikh Hafiz Soleh, h. 62):
(1) Menjelaskan ajaran yang dibawanya, dengan menjelaskan aqidahnya, sama ada keseluruhan mahu pun bahagian-bahagiannya, dasar-dasar dan perkara-perkara yang terbit dari dasarnya, sambil menyeru daya intelektual manusia, untuk menarik perhatian manusia terhadap keimanan kepada aqidah yang disampaikan kepada mereka, dengan uslub (gaya dan teknik) yang inovatif, dengan mengeksploitasi semua kemudahan dan peluang yang tersedia (selagi tidak bercanggah dengan Islam) untuk menjelaskan aqidah Islam, dan menjauhkan kekaburan yang melekat padanya.
(2) Menampilkan kekeliruan pemikiran yang rosak dan aqidah yang batil, seperti ateisme, syirik, kekufuran dan khususnya pemikiran yang kabur, yang dianggap oleh sebahagian orang - sebagai akibat penyesatan – tetapi setengah orang Islam menganggapnya sebagai pemikiran Islam atau digali dari semangat Islam seperti Sosialisme, Demokrasi, Patriotisme, Nasionalisme dan lain-lain.
(3) Di antara kesulitan utama adalah kepatuhan masyarakat kepada para pemimpin dan tokoh mereka, kerana itu wajib mengikuti kaedah yang ditempuh oleh Muhammad SAW dengan mendedahkan dan menjelaskan kepalsuannya.
(4) Menjelaskan berbagai kerosakan yang ada di tengah masyarakat termasuk berbagai jenis interaksinya. Juga menjelaskan kerosakan hukum-hukum yang mengatur interaksi masyarakat yang mengheret mereka ke dalam berbagai kesengsaraan, serta menyebabkan negeri itu ditimpa kerosakan dan kehancuran.
(5) Menyiapkan anggota tiap organisasi (kelompok) yang berusaha untuk memimpin ummat agar mereka – sesuai dengan taraf intelektual yang mereka kembangkan – memiliki cara berfikir (‘aqliyyah) dan berperilaku (nafsiyyah) yang Islami.
Kesimpulan
Satu kekeliruan di kalangan umat Islam ialah melihat Rasulullah SAW hanya sebagai suami, ayah atau datuk tetapi tidak melihat bahawa beliau juga berperanan sebagai pemerintah, hakim, dan panglima tentera. Oleh itu ramai yang membicarakan tentang satu aspek kehidupan beliau iaitu aspek keluarga manakala banyak aspek lain dalam kehidupan beliau khususnya usaha gigih beliau berdakwah kepada masyarakat dan perjuangan beliau menegakkan Islam diabaikan. Dakwah Islam mestilah dilakukan agar Islam dapat diterapkan dalam kehidupan dan agar Aqidah Islamiyah dapat menjadi dasar negara dan dasar perlembagaan serta undang-undang kerana Aqidah Islamiyah adalah aqidah aqliyah (aqidah yang menjadi dasar pemikiran) dan aqidah siyasiyah (aqidah yang menjadi dasar politik) yang melahirkan peraturan untuk menangani masalah manusia secara keseluruhan, baik di bidang politik, ekonomi, budaya, sosial, dan lain-lain.

Allah SWT berfirman:
وَلْتَكُن مِّنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
”Hendaklah ada di antara kalian sekelompok umat yang menyerukan kebaikan (Islam) dan melakukan amar makruf nahi mungkar.” (Qs. Ali-Imran [3]: 104).
Amar makruf nahi mungkar adalah bagian dari dakwah Islam. Baik-buruknya masyarakat—salah satunya—bergantung pada dilaksanakan atau tidaknya amar makruf nahi mungkar. Imam al-Ghazali pernah berkata, “Sesungguhnya kegiatan amar makruf nahi mungkar adalah poros yang paling agung dalam agama. Kerana kegiatan inilah Allah mengutus para nabi seluruhnya. Seandainya umat Islam meremehkan amar makruf nahi mungkar, tidak mau memahami dan mengamalkannya, tentu akan berhenti keNabian ini; kesesatan akan tersebar luas, kebodohan akan menjadi hal yang lumrah, kerusakan akan merajalela, pelanggaran akan semakin meluas, negeri-negeri akan hancur, dan manusia akan binasa.” (Al-Ghazali, Ihyâ’ ‘Ulûm ad-Dîn, 2/306).
Apabila diberi wahyu, Rasulullah SAW menegaskan kepada isterinya bahawa tidak ada rehat baginya dalam berdakwah dan ini beliau benar-benar tunjukkan dalam kehidupannya. Dakwah dilakukan tidak hanya untuk mengajak orang masuk Islam tetapi kemudian membiarkannya memenuhi keperluan hidupnya dan membangun interaksinya berdasarkan kedaulatan hukum selain Allah SWT. Rasulullah SAW berdakwah di Makkah selama 10 tahun tetapi setelah itu beliau ke Taif untuk mencari dokongan fizikal bagi dakwahnya. Kenapakan beliau ingin mendapatkan dokongan itu? Rasulullah SAW berjalan menuju Taif dalam usaha untuk mencari dukungan (talab an-nusrah) dari Bani Tsaqif supaya mereka memberikan kepimpinan dan kekuasaan untuk menegakkan Islam. Tanggapan dari Bani Tsaqif sangat mengecewakan. Rasulullah saw meminta mereka untuk merahsiakan penolakan mereka. Bani Tsaqif tidak sahaja menolak Rasulullah SAW, mereka bahkan mengerahkan orang-orang bodoh dan hamba-hamba untuk menghina dan mengusir beliau dari Taif. Rasulullah SAW berlindung di kebun milik Utbah bin Rabi’ah dan Syaibah bin Rabia’h. Itu semua tidak sedikit pun mematahkan semangat beliau untuk terus berdakwah sehinggalah beliau mendapat kepercayaan dari penduduk Madinah yang bersetuju untuk menyerahkan kepempinan kepadanya.
Rasulullah adalah suri teladan kita. Marilah kita secara utuh dan menyeluruh mengikuti Rasulullah dalam menegakkan Islam. Hanya dengan cara inilah, kita akan dapat mengatasi bukan sahaja masalah orang Melayu tetapi masalah umat Islam secara keseluruhan. Kita tidak boleh hanya menjadi penonton sahaja atau menjadikan masalah umat Islam hanya sebagai bualan kosong tetapi kita mesti mengorak langkah menjadikan dakwah sebagai agenda utama kehidupan kita. [HTM
Sistem Politik Dalam Islam

1.0 Pengertian Politik Menurut Islam

Politik adalah 'ilmu pemerintahan' atau 'ilmu siyasah', iaitu 'ilmu tata negara'.

Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orangorang yang bukan Islam.

Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan.

la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang.

Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah yang mafhumnya:
"Dan katakanlah: Ya Tuhan ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong."
(AI Isra': 80)

Di atas landasan inilah para 'ulama' menyatakan bahawa:
"Allah menghapuskan sesuatu perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan Nya meIaiui al Qur'an"


2.0 Asas asas Sistem Politik Islam
Asas asas sistem politik Islam ialah:

2.1 Hakimiyyah Ilahiyyah
Hakimiyyah atau memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi dalam sistem politik Islam hanyalah hak mutlak Allah.

Tidak mungkin ianya menjadi milik sesiapa pun selain Allah dan tidak ada sesiapa pun yang memiliki suatu bahagian daripadanya.

Fir man Allah yang mafhumnya:
"Dan tidak ada sekutu bagi Nya dalam kekuasaan Nya."
(Al Furqan: 2)

"Bagi Nya segaIa puji di dunia dan di akhirat dan bagi Nya segata penentuan (hokum) dan kepada Nya kamu dikembalikan."
(A1 Qasas: 70)

"Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah."
(A1 An'am: 57)

- Hakimiyyah Ilahiyyah membawa pengertian pengertian yang berikut:

-Bahawasanya Allah adalah Pemelihara alam semesta yang pada hakikatnya adalah Tuhan yang menjadi Pemelihara manusia, dan tidak ada jalan lain bagi manusia kecuali patuh dan tunduk kepada sifat Ilahiyyah Nya Yang Maha Esa

-Bahawasanya hak untuk menghakimi dan mengadili tidak dimiliki oleh sesiapa kecuali Allah. Oleh kerana itu, manusia wajib ta'at kepada Nya dan ber'ibadat kepada Nya

-Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan hukum sebab Dialah satu satu Nya Pencipta

-Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan peraturan peraturan, sebab Dialah satu satu Nya Pemilik

-Bahawasanya hukum Allah adalah sesuatu yang benar sebab hanya Dia sahaja Yang Mengetahui hakikat segala sesuatu, dan di tangan Nyalah sahaja penentuan hidayah dan penentuan jalan yang selamat dan lurus.

Hakimiyyah Ilahiyyah membawa erti bahawa teras utama kepada sistem politik Islam ialah tauhid kepada Allah di segi rububiyyah dan uluhiyyah Nya.

2.2 Risalah
Jalan kehidupan para rasul diiktiraf oleh Islam sebagai sunan al huda atau jalan jalan hidayah.

Jalan kehidupan mereka berlandaskan kepada segala wahyu yang diturunkan daripada Allah untuk diri mereka dan juga untuk umat umat mereka.

Para rasul sendiri yang menyampaikan hukum hukum Allah dan syari'at syari'at Nya kepada manusia.

Risalah bererti bahawa kerasulan beberapa orang lelaki di kalangan manusia sejak Nabi Adam hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah satu asas yang penting dalam sistem politik Islam.

Melalui landasan risalah inilah maka para rasul mewakili kekuasaan tertinggi Allah di dalam bidang perundangan dalam kehidupan manusia.

Para rasul menyampaikan, mentafsir dan menterjemahkan segala wahyu Allah dengan ucapan dan perbuatan mereka.

Dalam sistem politik Islam, Allah telah memerintahkan agar manusia menerima segala perintah dan larangan Rasulullah s.a.w.

Manusia diwajibkan tunduk kepada perintah perintah Rasulullah s.a.w dan tidak mengambil selain daripada Rasulullah s.a.w untuk menjadi hakim dalam segala perselisihan yang terjadi di antara mereka.

Firman Allah yang mafhumnya:
"Apa yang diperintahkan Rasul kepadamu, maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagi kamu, maka tinggatkanlah."
(Al Hasyr: 7)

"Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul melainkan untuk dita'ati dengan seizin Allah."
(An Nisa': 64)

"Dan barangsiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang orang mu'min, akan Kami biarkan mereka bergelimang daiam kesesatan yang telah mereka datangi, dan Kami masukkan ia ke dalam jahannam dan jahannam itu adalah seburuk buruk tempat kembali."
(An Nisa: 115)

"Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya."
(An Nisa': 65)


2.3 Khalifah
Khalifah bererti perwakilan.
Dengan pengertian ini, ia bermaksud bahawa kedudukan manusia di atas muka bumi ialah sebagai wakil Allah.

Ini juga bermaksud bahawa di atas kekuasaan yang telah diamanahkan kepadanya oleh Allah, maka manusia dikehendaki melaksanakan undang undang Allah dalam batas batas yang ditetapkan.

Di atas landasan ini, maka manusia bukanlah penguasa atau pemilik, tetapi ia hanyalah khalifah atau wakil Allah yang menjadi Pemilik yang sebenarnya.

Firman Allah yang mafhumnya:
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi... "
(Al Baqarah: 30)

"Kemudian Kami jadikan kamu khalifah khalifah di muka bumi sesudah mereka supaya Kami memperhatikan bagaimana kamu berbuat."
(Yunus: 14)

Seseorang khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana ia benar benar mengikuti hukum hukum Allah.

- Oleh itu khilafah sebagai asas ketiga dalam sistem politik Islam menuntut agar tugas tersebut dipegang oleh orang orang yang memenuhi syarat syarat berikut:
-Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang benar benar menerima dan mendukung prinsip prinsip tanggungjawab yang terangkum di dalam pengertian khilafah

-Mereka tidak terdiri daripada orang orang zalim, fasiq, fajir dan lalai terhadap Allah serta bertindak melanggar batas batas yang ditetapkan oleh Nya

-Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang ber'ilmu, berakal sihat, memiliki kecerdasan, kea'rifan serta kemampuan intelek dan fizikal

-Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang amanah sehingga dapat dipikulkan tanggungjawab kepada mereka dengan aman dan tanpa keraguan


3.0 Prinsip prinsip Utama Sistem Politik Islam
Prinsip prinsip sistem politik Islam terdiri daripada beberapa perkara di antaranya:

3.1 Musyawarah
- Prinsip pertama dalam sistem politik Islam ialah musyawarah.
-Asas musyawarah yang paling utama adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan orang orang yang akan menjawat tugas tugas utama dalam pentadbiran ummah.

-Asas musyawarah yang kedua pula adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara perlaksanaan undangundang yang telah dimaktubkan di dalam al gur'an dan al Sunnah.

-Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan jalan menentukan perkara perkara baru yang timbul di kalangan ummah melalui proses ijtihad.

3.2 Ke'adilan
Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan.
Ini adalah menyangkut dengan ke'adilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam.

Ke'adilan di dalam bidang bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkannya.

Di dalam perlaksanaannya yang luas, prinsip ke'adilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan manusia, termasuk ke'adilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antaxa ibu bapa dan anak anaknya.

Oleh sebab kewajiban berlaku 'adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut.

Pemeliharaan terhadap ke'adilan merupakan prinsip nilai nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.

3.3 Kebebasan
Prinsip ketiga dalam sistem politik Islam ialah kebebasan.
Kebebasan yang dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada ma'ruf dan kebajikan.

Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah di antara tujuan tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta asas asas bagi undang undang perlembagaan negara Islam.

3.4 Persamaan
Prinsip keempat dalam sistem politik Islam ialah persamaan atau musawah.

Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat peringkat yang ditetapkan oleh undang undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah taklukan kekuasaan undang undang.

3.5 Hak Menghisab Pihak Pemerintah
Prinsip kelima dalam sistem politik Islam ialah hak rakyat untuk menghisab pihak pemeriritah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya.

Prinsip ini berdasarkan kepada kewajiban pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah.

Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota di dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran.

Hak ini dalam pengertian yang luas juga bererti hak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusankeputusan pihak pemerintah.

Prinsip ini berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya:
"Dan apabila ia berpaling (daripada kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanaman tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan."
(Al-Baqarah: 205)

"..maka berilah keputusan di antara manusia dengan 'adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang orang yang sesat daripada jalan Allah akan mendapat 'azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan."
(Sad: 26)


4.0 Tujuan Politik Menurut Islam
Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syari'at Islam.

Tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam.

Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syari'ah, maka akan tertegaklah al Din dan berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan tuntutan al Din tersebut.

- Para fuqaha Islam telah menggariskan sepuluh perkara penting sebagai tujuan kepada sistem politik dan pemerintahan Islam.
-Memelihara keimanan menurut prinsip prinsip yang telah disepakati oleh 'ulama' salaf daripada kalangan umat Islam

-Melaksanakan proses pengadilan di kalangan rakyat dan menyelesaikan masalah di kalangan orang orang yang berselisih

-Menjaga keamanan daerah daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai

-Melaksanakan hukuman hukuman yang ditetapkan syara' demi melindungi hak hak manusia

-Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak luar

-Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam

-Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat dan sedekah sebagai mana yang ditetapkan oleh syara'

-Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros ataupun secara kikir

-Mengangkat pegawai pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal kekayaan negara dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara

-Menjalankan pengaulan dan pemeriksaan yang rapi di dalam hal ehwal amam demi untuk memimpin negara dan melindungi al Din.
Negara Islam dalam Pemikiran Politik Gerakan Islam Kontemporer

Fenomena kemenangan gerakan Islam (Islamic movement) di pentas politik kerap menjadi sorotan para pengamat Barat dan pengamat muslim sekuler. Salah satu alasan yang sengaja mereka hembuskan adalah bahwa gerakan Islam mempunyai hidden agenda yaitu mendirikan Negara Islam yang berlandaskan ideology Islam. Sehingga meskipun kemenangan gerakan Islam lewat proses demokrasi kerap kali tudingan itu tertuju kepada gerakan Islam sehingga dikalangan para pengamat Barat, sebagaimana dikutip oleh John L. Esposito ada kecurigaan dan kekhawatiran akan terjadinya hijack democracy (pembajakan demokrasi) oleh gerakan Islam yang tampil di kancah politik.

Kemenangan HAMAS dalam proses pemilu, - sebelumnya George W.Bush menyambut positif pemilu tersebut dan menyatakan sebagai pemilu paling demokratis di Timur Tengah - , namun setelah hasil pemilu dimenangkan oleh HAMAS degan serta merta Amerika dan Uni Eropa dan komplotannya ramai-ramai melumpuhkan pemerintahan Haniya dengan cara mengembargo secara ekonomi. Sebelumnya kemenagan FIS di Aljazair juga tidak luput dari penolakan Gedung Putih. Kemenangan partai Refah di Turki di bawah pimpinan Najmudin Erbakan juga hanya seumur jagung. Kemengan Partai Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki juga tidak luput dari tudingan stigma negative meskipun partai tersebut secara terbuka mendeklarasikan diri sebagai partai sekuler.

Ketika partai Islam seperti PKS mendapatkan suara yang cukup signfikan, pertanyaan tentang Negara Islampun bertubi-tubi ditujukan kepada para petinggi partai berasaskan Islam tersebut. Kini setelah partai tersebut memutuskan untuk berkoalisi dengan Partai Demokrat dan mengajukan Cawapres kepada presiden SBY, kekhawatiran itupun kembali mencuat ke permukaan khususnya dari kalangan yang sejak awal memang telah mencurigai kemunculan PKS (sebelumnya bernama PK) di ranah politik nasional.

Gerakan Islam dan Demokrasi

Sebagai sistem impor dan produk Barat Western product , Demokrasi memang menuai kontrofersial dikalangan ulama dan tokoh-tokoh Islam (di sini bukan tempatnya untuk membawakan argumen masing-asing pihak). Kita dihadapkan kepada sebuah fakta bahwa pasca kemerdekaan Negara-negara mayoritas muslim dari imperialisme Barat, sistem demokrasi menjadi yang berlaku di hampir seluruh negara-negara tersebut.

Kaum musliminin dihadapkan kepada pranata-prananata demokrasi seperti pemilihan umum, sistem presidensial dan sitem parlementerial. Sebagian kaum muslimin yang tidak puas dengan sistem ini memilih jalur konfrontasi dan angkat senjata sebagai pilihan untuk mendirikan Negara Islam, sehingga di Indonesia lahirlah NII (Negara Islam Indonesia), DI (Darul Islam) Korto Suwiryo dan gerakan Kahar Muzakkar di Sulawesi. Natsir dengan Masyuminya menempuh jalur yang 'lebih cerdas' dalam memahami demokrasi sebagi sarana untuk memperjuangkan cita-cita politik Islam. Bahkan keberhasilan Natsir sebagai perdana mentri pertama di Indonesia adalah sebuah eksperimen pertama di dunia Islam dimana seorang tokoh yang memperjuangkan cita-cita politik Islam berhasil masuk ke jantung kekuasaan.

Dalam sejarah perjalan sejarah perjuangan kaum muslimin di Indonesia, dua jalan yang berbeda antara aliran yang menempuh jalan 'demokrasi'dan jalan 'jihad' sama-sama mempunyai penerus dan pengikut. Sehingga ada kelompok yang mengharamkan ikut serta dalam proses demokrasi dan menempuh jalur 'jihad.' Dengan mengusung slogan penegakan Syar'at Islam di bumi Indonesia. Sedangkan mereka yang ikut berpartisipasi dalam proses demokrasi lebih banyak diilhami oleh cita-cita politik yang diperjuangkn oleh M.Natsir dengan Masyuminya dan Hasan Al-Banna dengan Ikhwanul Musliminnya. Dan ada kelompok lain yang menjadi bagian dari gerakan internasional yaitu Hizbu Tahrir mengusung penegakan kembali Khilafah Islamiyah.

Dalam pandangan tokoh-tokoh gerakan Islam, demokrasi adalah sistem yang bisa dimanfaatkan oleh kaum muslimin meskipun memang diakui sistem ini tidak luput dari kekurangan. Namun membiarkan sistem ini berjalan tanpa keikut sertaan gerakan Islam justru akan melahirkan mudharat yang lebih besar terhadap kepentingan umat. Disamping itu, sistem demokrasi yang berlandaskan segala keputusan kepada suara terbanyak ada kesamaanya dengan sistem Syura dalam Islam yang telah diterapkan oleh Rasulullah dan para Khulafaur Rasyidin dalam menjalankan roda pemerintahan.

Namun yang membedakan 'suara terbanyak' dalam Islam dan 'suara terbanyak' dalam sistem demokrasi, bahwa dalam Islam ranah Syura adalah ranah Ijtihadiyah; sesuatu yang telah jelas keharamannya seperti zina tidak bisa dihalalkan lewat jalur demokrasi, sebagaimana yang ditegskan oleh para ulama ushul fiqih " la ijtihada ma'an nash." Tidak ada Ijtihad terhadap nash yang sudah qat'i. Dalam masyarakat yang mayoritas muslim, kata Dr.Yusuf Al-Qaradhawi, mereka tidak akan menghalalkan hal-hal yang telah Allah haramkan, dan inilah yang membedakan demokrasi di dunia Islam dengan demokrasi di Barat. Menurut Abul A'la Almawdudi, pendiri Jama'at Islami di Pakistan, tidak ada jalan lain untuk memperjuangkan cita-cita politik Islam kecuali kaum muslimin harus tampil dengan memanfaatkan proses demokrasi, seperti pemilihan umum. ' There is no other way in a democratic system except to participate in the battle of elections, that is by educating the public opinion in the country and changing the people's standard in electing their representative … by doing so, we would be in a position to hand power to righteous men, who are eager to develop the country in the pure basis of Islam.' .

Syeikh Abdul Aziz bin Baz ulama kharismatik di Saudi Arabia yang semasa hidupnya pernah menjadi mufti Saudi Arabia dalam sebuah wawancara dengan majalah Al-Jusur yang terbit di Saudi Arabia edisi 6 Dzul Qa'dah 1424 H. : membolehkan kaum muslimin ikut berpartisipasi dalam pemerintahan yang tidak berlandaskan Islam selama niat mereka untuk memperbaiki Negara dan menyampaikan messege atau dakwah Islamiyah. Syeikh Al-'Usaimin yang juga salah seorang ulama dari Saudi Arabia dengan tegas lagi mengatakan bahwa tidak boleh membiarkan parlemen diisi oleh orang-orang fasik dan sekuler.

Kaum sekuler selalu berusaha agar gerakan Islam tidak memasuki ranah pemerintahan dan kekuasaan karena dengan demikian mereka akan lebih leluasa menyuarakan cita-cita sekuler mereka. Sehingga dihembuskanlah pandangan-pandangan yang menyesatkan umat seperti bahwa Islam hanya agama yang tidak ada kaitannya dengan politik dan Negara. Mereka ingin 'memenjarakan' Islam hanya sebatas dinding masjid yang tidak bisa keluar. Dan ironisnya tidak sedikit kaum muslimin yang terbawa arus menyesatkan ini ikut menuding partai yang mengusung cita-cita dakwah dan politik Islam hanya sekedar memburu kekuasaan. Padahal dalam Islam meraih kekuasaan bukanlah tindakan yang menyalahi syari'at yang penting jalannya adalah dengan jalan terhormat.

Bentuk Negara Yang Dicita-citakan

Setelah gerakan Islam tampil di kancah politik dan mendapat popularitas signifikan dari masyarakat maka muncullah pertanyaan-pertanyaan yang bernada curiga dari mereka yang tidak menghendaki tampilnya gerakan Islam. Pertanyaan yang kerap muncul adalah Negara bagaimanakah yang dikehendaki oleh gerakan Islam? Agenda mendirikan Negara Islam kerap dianggap sebagai 'hiden agenda' dari gerakan Islam. Kurangnya pemahaman tentang agenda-agenda politik Islam melahirkan kesimpulan-kesimpulan yang salah kaprah terhadap agenda politik gerakan Islam. Wajah thaliban di Afghanistan kerap dijadikan oleh media Barat sebagai wajah gerakan Islam jika bekuasa. Padahal tokoh-tokoh dan inspirator gerakan Islam mengkritik tindakan thaliban yang justru banyak mencoreng citra Islam.

Menela'ah platform dan agenda-agenda politik gerakan Islam di dunia Islam serta pernyataan dan tulisan-tulisan tokoh dan inspirator gerakan Islam termasuk di Indonesia, kita akan mendapatkan sebuah kesimpulan bahwa mendirikan Negara Islam sama sekali bukan agenda utama mereka. Tema utama mereka adalah Al-Islam huwal hal atau Islam is the solution. Solusi Islam terhadap segala permasalahan bangsa yang mencangkup politik, sosial dan ekonomi. Bagi gerakan Islam mewujudkan pemerintahan yang bersih jauh dari korupsi, mensejahterakan rakyat (prosperity), mempertahankan integritas bangsa dan Negara, menegakkan supermasi hukum, proesional, mendukung segala proses demokratisasi di dunia Islam adalah agenda-agenda yang mendesak untuk diwujudkan. Agenda-agenda tersebut adalah sebuah nilai-nilai universal yang diterima oleh seluruh komponen bangsa.

Dr.Yusuf Al-Qaradhawi, salah seorang tokoh yang karya-karya ikut mengilhami gerakan Islam kontemporer dalam karyanya Fiqhud Dawlah mengatakan bahwa Negara yang dikehendaki oleh Islam adalah Negara yang belandaskan sipil bukan "Negara teokrasi" atau "Negara kaum agamawan" yang selama ini dituduhkan oleh media-media Barat. Hal senada ditegaskan oleh Abdul Mun'im Abdul Fatuh, salah seorang tokoh dan anggota Maktab Irsyad Ikhwanul Muslimin di Mesir, dalam wawancara dengan islamonline (14/12/2005) beliau menegaskan bahwa definisi kontemporer tentang Negara Islam adalah Negara yang dihuni oleh mayoritas kaum muslimin. Negara sipil (madani) yang dikelola oleh orang-orang yang profesonal, bukan Negara teokrasi yang dikelola oleh kaum agamawan.

Lebih lanjut, beliau mengutip ungkapan Muhammad Mahdi 'Akif, mursyid 'am (pimpinan) Ikhwanul Muslimin bahwa negara yang dicita-citakan adalah negara sipil yang berlandaskan kepada kebebasan (hurriyah) dan demokrasi, memberikan hak kepada warga negara untuk membentuk partai poltik. Negara Islam, lanjut Abdul Mun'im Abdul Fatuh adalah Negara yang menerapkan pembagian kekuasaan (check and balance) antara eksekutif, legilatif dan yudikatif. Bahkan sistem pembagian kekuasaan ini, menurut beliau telah diterapkan pada masa khalifah Umar bin Khattab.

Negara yang dikehendaki oleh Islam, menurut Syeikh Qaradhawi adalah Negara yang berlandaskan kepada mufakat dan musyawarah bukan Negara kerajaan. Negara yang dibangun berdasarkan berbagai prinsip demokrasi yang baik, tetapi berbeda dengan demokrasi Barat , persamaan antara keduanya adalah keharusan rakyat memilih kepala Negara, rakyat tidak boleh dipaksa untuk memilih pemimpin mereka, seorang kepala Negara bertanggung jawab di hadapan wakil-wakil rakyat. Bahkan para wakil rakyat tersebut, menurut Syeikh Qaradhawi berhak memecat (impeachment) bila sang pemimpin melakukan hal-halyang inskonstitusional.

Dalam menegakkan cita-cita tersebut gerakan Islam harus bersama-sama dengan pihak lain yang bisa saja berbeda secara ideology partai, dalam membangun Negara. Maka koalisi setrategis (at-Tahâluf as-Siyasi) dalam membangun bangsa dan Negara adalah sebuah keniscayaan yang tidak bisa ditolak. Dan perlu digaris bawahi bahwa tidak ada nash syari'at yang melarang kaum muslimin untuk bersama-sama golongan lain yang berbeda agama dalam membangun Negara.

Bahkan menurut Dr.'Isham al-Basyir, salah seorang tokoh gerakan Islam di Sudan dan sekjen Markaza al-'Alami lil washatiyah, mengatakan bahwa ulama sepakat bolehnya non muslim menjabat kementrian, kecuali tiga pos penting seperti Presiden, karena tugas presiden dalam Negara Islam adalah hurasatud din waddunya, Mahkamah agung dan Pimpinan militer ( Pangab) karena adanya kewajiban jihad yang hanya dibebankan kepada kaum muslimin dalam Negara Islam (Koran harian Al-Harakah, Kuwait 8/01/2007).

Tampilnya gerakan Islam di pentas politik dan ketelibatan mereka dalam proses demokrasi seharusnya disambut positif. Pemerintahan yang otoriter yang menyumbat proses demokratisasi di dunia Islam menurut John L. Espsito, justru hanya akan memicu dan memelihara lahirnya oposisi militan, tindakan-tindakan radikal, instabilitas politik dan munculnya terorisme global, "Autocratic governments may be able to derail or stifle the process of change; however they will merely delay the inevitable. The realities of most Muslim societies and the aspirations of many citizens require greater political liberalization. Failure to do so will continue to contribute to the conditions that foster militant opposition, radicalization, political instability and Global terrorism".

Politik Pemerentahan Islam

Tuesday, July 7, 2009

DOSA UMNO KEPADA PAS

" Berikut saya senaraikan diantara dosa besar UMNO terhadap bukan sahaja PAS sebagai sebuah parti politik tetapi kepada ahli-ahli PAS, penyokong-penyokong PAS dan pengundi-pengundi PAS.
* Pada 30 Januari 2008 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir membuat pengakuan dihadapan lebih 30 orang pengamal media dengan mengaku telah dipaksa oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menyekat sebarang bentuk bantuan oleh Kerajaan Pusat kepada Negeri Kelantan. Tun berkata, “… bukan sahaja Mustapha (Mohamed) tetapi pemimpin-pemimpin UMNO lain pun mintak sekat”. Pengakuan ini dibuat ketika mengulas pengakuan Dato’ Mustapha Mohamed yang ketika itu Menteri Pelajaran Tinggi dan ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas di dalam Dewan Negeri Kelantan.
* Pada 24 November 2007, Dato’ Mustapha Mohamed ketika membahaskan usul ucapan terima kasih terhadap titah ucapan Tuanku Al Sultan Kelantan telah mengaku menekan Tun Dr. Mahathir supaya menyekat Negeri Kelantan dari menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat.
* Bukankah ini jelas satu pengainayaan kepada parti PAS selaku Kerajaan di Kelantan, ahli-ahli PAS selaku mereka yang berusaha keras memenangkan PAS, Pengundi PAS yang menunaikan tanggungjawab mereka di dalam PRU dan seluruh rakyat Kelantan yang setengahnya tidak ada kaitan langsung dengan proses menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional di Kelantan."